
Tajuk:Pak Pandir Dengan Putera Raja Penulis:Md.Razak Cerita ini adalah tentang seorang watak lelaki yang bernama Pak Pandir.Suatu hari Pak Pandir ke hutan untuk menjerat rusa.Selepas memasang perangkap dia pun bersembunyi di sebalik sebatang pokok..Setelah beberapa lama menunggu,jeratnya masih belum mengena.Pak Pandir berasa dahaga setelah lama bertunggu dan lalu ke sebatang sungai yang berhampirannya untuk minum air.Sedang dia berjalan dia ternampak seorang budak meminta tolong kerana hampir lemas di sungai itu.Pak pandir pun segera terjun ke sungai itu untuk menyelamatkan budak yang hampir lemas itu.Pak Pandir memegang tangan budak itu lalu menariknya ke tepi sungai itu.Pak Pandir memberi bantuan apa yang patut.Keadaan budak itu pun beransur pulih.Tiba-tiba raja dan pengawal-pengawalnyamuncul dengan menunggang kuda.Pak Pandir menceritakan apa yang telah berlaku.Putera itu mengucapkan terima kasih atas pertolongan Pak Pandir .Dia menjemput Pak Pandir ke istana.Di istana raja pun memberi persalinan dan kepada Pak Pandir.Raja pun memberikan kuda miliknya kepada Pak Pandir.Berkali-kali Pak Pandir cuba menunggang kuda itu.Akhirnya dia berjaya.Walau bagaimanapun kuda itu melompat-lompat menyebabkan Pak Pandir terjatuh semula.Akhirnya dia turun lalu berjalan pulang bersama kuda itu..........
posted @ 12:59 AM |